nuffnang

✿ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT DATANG KE BLOG SYER YANG TAK SEBERAPE.JANGAN LUPA FOLLOW SYER NYER BLOG KEYH...✿

Friday, February 1, 2013

10 LANGKAH --> IKAN SIAKAP MASAK STIM HALIA





bahan-bahan :

1 ekor ikan siakap (disiang dan dibersihkan)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (dihiris halus)
seulas bawang besar (dipotong mayang/ dihiris halus)
2-3 biji limau nipis (ambil jusnya) dan juga potong nipis-nipis (hiasan)
1 sudu makan sos ikan / sos tiram pun boleh
sedikit air
garam
lobak merah ( dihirs halus)
3-4 biji cili api (dihiris/diketuk)
1 lada merah (dihiris)
2-3 keping daun limau purut
1 biji tomato yang dibelah 4 atau 6

langkah-langkah :

1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya.
2. Lumurkan ikan dengan garam secukupnya dan letak di dalam bekas tahan panas.
3. Kemudian taburkan bawang besar dan halia yang sudah dihiris tadi di atasnya. Kukus sehingga 1/2 masak.
4. masukkan cili padi, lada merah, hirisan serai dan jus limau nipis.
5. Setelah itu, masukkan sos ikan/ sos tiram, sedikit air dan jus limau nipis.
6. masukkan lobak merah, bawang putih, Kukus lagi hingga masak.
7. taburkan sedikit garam
8. akhir sekali masukkan kepingan daun limau purut dan juga potongan tomato. 
9. tutup seketika,tunggu dalam 2-3 minit.
10.siap dan boleh dihidangkan

SELAMAT MENCUBA DAN MENJAMU SELERA..HAHA

No comments:

Post a Comment